Tukang rumah direman bantu siasatan kes kubur rosak - Utusan Malaysia

Tukang rumah direman bantu siasatan kes kubur rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Seorang tukang rumah warga Indonesia direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian khianat merosakkan batu nisan kira-kira 20 buah kubur Islam, Jumaat lalu.

Perintah reman sehingga 27 Jun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Melaka, Syarina Shaarani @ Tan terhadap suspek lelaki berumur 46 tahun itu.

Suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 297 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menceroboh.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Nor Yhazid Idris berkata, suspek ditahan di Kampung Bakar Batu, Bachang selepas terdapat saksi melihat lelaki itu dalam keadaan mencurigakan semasa kejadian.

“Suspek ditahan kira-kira pukul 5 petang semalam di sebuah rumah di Bachang.

“Bagaimanapun setakat ini tiada pengakuan lisan daripada suspek dan motif kejadian juga belum dikenal pasti,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam Jumaat lalu, kira-kira 20 buah kubur di Tanah Perkuburan Islam As-Syakirin Bachang di sini mengalami kerosakan batu nisan termasuk dicabut dan dipatahkan dipercayai angkara khianat.

Selain itu, dua buah kubur di kawasan sama turut ditemukan dengan kesan terbakar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini