749 anak asnaf terima kelengkapan sekolah baharu - Utusan Malaysia

749 anak asnaf terima kelengkapan sekolah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sebanyak 749 anak golongan asnaf daripada 365 buah keluarga hadir ke pejabat BaitulMal Senawang untuk mengukur saiz baju sekolah percuma bagi sesi tahun depan.

Perbadanan BaituMal Negeri Sembilan memberitahu, sesi tersebut berjalan selama dua hari iaitu pada 22 dan 23 Jun lalu.

“Program mengukur saiz pakaian sekolah ini diadakan untuk mendapatkan ukuran yang tepat sebelum tempahan dan jahitan dilakukan. Ia diadakan lebih awal bagi mengelakkan kelewatan agihannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setiap anak asnaf lelaki akan menerima dua pasang pakaian sekolah dan sepasang baju Melayu manakala dua set baju kurung dan tudung bagi pelajar perempuan,” katanya.

Tambahnya lagi, golongan berkenaan juga akan menerima baucar Bata untuk pembelian dua pasang stoking dan kasut sekolah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini