Anggota polis berpangkat koperal direman lima hari  - Utusan Malaysia

Anggota polis berpangkat koperal direman lima hari 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Seorang anggota polis lelaki berpangkat koperal direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah RM4,000.

Suspek berusia 38 tahun itu disyaki meminta wang rasuah tersebut daripada seorang majikan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap lima pekerjanya pada 23 Jun lalu.

Lima pekerja tersebut didakwa memiliki sebotol air ketum, manakala seorang pekerja warga Bangladesh tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Anggota polis itu ditahan di tempat beliau bertugas iaitu di Balai Polis Sikamat di sini pada pukul 9.30 malam semalam.

Dia ditahan reman bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Khas Reman Seremban, Yusna Khadijah Md. Yusop.

Permohonan tahan reman dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa SPRM Negeri Sembilan, Mohd. Khairi Abdul Karim.

Terdahulu, suspek dilihat tiba di mahkamah di sini pada pukul 10 pagi dengan diiringi peguam A. Kriyshanaa dan pegawai SPRM. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini