KUALA LUMPUR – Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan mengadakan program ‘Tougher Than Cancer Stonger Together’ di Dewan Kuliah Bangunan Pra- Klinikal HTCM pada 13 Julai ini.
UKM dalam satu kenyataan memberitahu, program anjuran bersama Majlis Kanser Nasional itu merupakan platform untuk meningkatkan tahap kesedaran penjagaan kesihatan dan menangani kesan sampingan rawatan kanser.
“Ia adalah satu program berbentuk kesedaran sosial tentang penyakit kanser. Diharapkan, semua maklumat yang disalurkan dapat memberi manfaat kepada peserta.
“Orang ramai yang berminat untuk menyertai program ini boleh membuat pendaftaran di laman web https://bit.ly/2WvTnH4 dengan membayar yuran penyertaan sebanyak RM50 manakala bagi pesakit dan RM30 untuk waris,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











