Kajian khusus perlu untuk pindahkan penempatan haram Bukit Malut - Utusan Malaysia

Kajian khusus perlu untuk pindahkan penempatan haram Bukit Malut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, satu kajian khusus perlu dilakukan sebelum pemindahan warga asing yang mendiami secara haram di kawasan Bukit Malut, Langkawi boleh dilaksanakan.

Perdana Menteri berkata, ini kerana segala kos bagi urusan berkaitan pemindahan berkenaan perlu ditanggung kerajaan.

Mahathir, yang juga ahli Parlimen Langkawi berkata, perkara berkenaan bukan mudah untuk diuruskan kerana ia melibatkan penempatan warga asing, justeru, perlu mengambil kira sensitiviti penduduk tempatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dulu sekali kita dah pindah, kita buat rumah bagi mereka, orang Langkawi kata pendatang dapat rumah, tapi kami tak dapat apa. jadi itu kita kena fikir juga,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama di Persidangan Minyak dan Gas Asia 2019 di sini hari ini.

Sebuah akhbar harian melaporkan bahawa kawasan pinggir pantai Bukit Malut berkenaan dianggarkan mempunyai lebih 800 kediaman dengan jumlah penghuni dianggarkan di antara 5,000 hingga 8,000 orang menetap secara kekal. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini