TORONTO 24 Jun – Seorang wanita mendakwa dia ditinggalkan berseorangan di dalam sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Air Canada selepas tertidur dalam kapal terbang tersebut.
BBC melaporkan, Tiffani Adams berkata, dia tertidur ketika menaiki penerbangan dari Quebec ke Toronto pada 9 Jun lalu.
Apabila dia tersedar, dia masih berada di tempat duduknya sambil memakai tali pinggang keselamatan, namun pesawat itu sudah berhenti.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Saya tidak sangka saya akan ditinggalkan berseorangan dalam pesawat yang sudah mendarat. Pengalaman itu benar-benar menakutkan,” katanya.
Air Canada dalam pada itu mengesahkan kejadian terbabit dan kini giat melakukan siasatan.











