Pencemaran udara: SMK Pasir Putih pula terjejas - Utusan Malaysia

Pencemaran udara: SMK Pasir Putih pula terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih, Taman Pasir Putih di sini turut terjejas dengan masalah pencemaran udara yang menyebabkan beberapa pelajar mengalami sesak nafas, loya dan muntah.

Tinjauan Utusan Online kira-kira pada pukul 10 pagi tadi mendapati beberapa pelajar perempuan mengalami simptom tersebut dan terpaksa ditenangkan oleh guru sekolah berkenaan.

Turut kelihatan ibu bapa pelajar yang hadir ke sekolah terbabit untuk membawa anak mereka pulang dan menghantar ke klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan di Pusat Operasi Pemantauan di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain SMK Pasir Putih, sekolah lain yang turut terjejas adalah daripada SMK Tanjung Puteri Resort, Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih, SK Pasir Gudang 2 (Pendidikan Khas) dan SMK Taman Megah Ria.

Pelajar yang mengalami simptom terjejas pencemaran udara itu dikejarkan Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru untuk rawatan lanjut.

Walaupun jumlah pelajar terjejas semakin bertambah, sesi pembelajaran sekolah masih diteruskan dan tiada arahan pengosongan bangunan secara rasmi dibuat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini