Amanat ‘selamat tinggal’ Marta selepas Brazil tersingkir - Utusan Malaysia

Amanat ‘selamat tinggal’ Marta selepas Brazil tersingkir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LE HAVRE – Bintang bola sepak wanita Brazil, Marta membuat rayuan penuh emosi hari ini sebaik pasukannya tersingkir daripada Piala Dunia Wanita di sini selepas tewas 1-2 di tangan tuan rumah, Perancis dalam aksi pusingan kedua.

Amanat yang khusus ditujukan kepada pemain lebih muda daripadanya dalam skuad kebangsaan negara itu seperti membayangkan dia mungkin bakal mengucapkan selamat tinggal pada dunia bola sepak selepas ini.

“Kami memerlukan sokongan anda pemain muda, jadi bersedia untuk menangis dahulu di peringkat awal dan baharu boleh tersenyum pada akhirnya. Anda perlu bernafsu lebih, berlatih lebih, bersedia untuk 90 minit permainan campur 30 minit masa tambahan dan setiap minit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini saya harapkan daripada pemain muda kami,” kata penjaring terbaik dalam sejarah bola sepak termasuk lelaki berikutan kemampuannya menjaringkan 17 gol sepanjang penyertaan di Piala Dunia mengatasi rekod Miroslav Klose yang menjaringkan 16 sahaja.

Sambil memuji rakan seusia dengannya seperti Formiga dan Cristiane yang turut membayangkan bahawa Piala Dunia di Perancis ini mungkin adalah yang terakhir, Marta, 33, menitipkan pesanan tersebut demi survival pasukan wanita negaranya yang cukup obses dengan bola sepak.

Biar pun mencatat sejarah menjaringkan gol dalam setiap Piala Dunia yang disertainya untuk muncul pemain wanita terbaik sepanjang zaman, Marta bagaimanapun masih gagal membantu Brazil meraih kejuaraan buat kali pertama.

“Formiga tidak akan bermain selamanya, begitu juga Marta dan Cristiane. Bola sepak wanita Brazil bergantung kepada anda untuk terus berjaya. Fikirkan dan lakukannya,” tambah Marta. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini