JAKARTA 24 Jun – Satu gempa bumi kuat berukuran 7.3 skala Richter melanda timur Indonesia hari ini, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tiada laporan kerosakan mahupun kecederaan.
Gempa tersebut melanda pada kedalaman 208 kilometer ke selatan pulan Ambon di Laut Banda pada pukul 11.53 pagi waktu tempatan.
Pusat Amaran Tsunami Pasifik memaklumkan tiada amaran dikeluarkan setakat ini memandangkan pusat gempa yang terlalu dalam.
Memuatkan artikel berkaitan…
Gempa tersebut berlaku beberapa jam selepas gempa 6.1 melanda Papua. – AFP











