RAJASTHAN, India 24 Jun – Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dan lebih 50 cedera apabila hujan lebat dan angin kencang merobohkan sebuah khemah besar di sini semalam.
BBC melaporkan, ada juga mangsa yang maut akibat terkena renjatan wayar elektrik yang dipasang dalam khemah berkenaan.
Media tempatan melaporkan bahawa kira-kira 300 orang berkumpul di luar khemah tersebut bagi menyertai satu acara keagamaan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Insiden itu berlaku di daerah Barmer, di sini. – AGENSI











