Sesak nafas: Pencemaran merebak ke tujuh buah sekolah - Utusan Malaysia

Sesak nafas: Pencemaran merebak ke tujuh buah sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Suasana di pusat gerakan operasi pemantauan di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di sini, semakin sesak dengan kehadiran orang ramai yang mendapatkan rawatan selepas dipercayai menghidap simptom loya dan muntah-muntah.

Tinjauan Kosmo! di stadium tertutup MPPG di sini mendapati jumlah kehadiran orang ramai termasuk ibu bapa yang menemani anak mereka untuk mendapatkan rawatan susulan selepas pelajar beberapa sekolah turut menjadi mangsa terbaharu pencemaran itu.

Difahamkan, sehingga pukul 12 tengah hari tadi beberapa pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih, SMK Tanjung Puteri Resort dan SMK Taman Megah Ria terkena simptom itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut terjejas Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Gudang 2 (Pendidikan Khas), SK Pasir Gudang 1, SK Taman Pasir Putih dan SMK Taman Rinting 2.

Sehingga kini, pelajar-pelajar yang terkena simptom terbabit diberi rawatan awal selain beberapa pelajar terpaksa dikejarkan he Hospital Sultan Ismail untuk mendapatkan rawatan lanjut. 

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar menerusi sidang akhbar semalam memutuskan 16 buah sekolah ditutup sebagai langkah berhati-hati sejak insiden ini berlaku Jumaat lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini