‘Gerrard paling sesuai dengan saya’ - Utusan Malaysia

‘Gerrard paling sesuai dengan saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Fernando Torres menamakan bekas pemain Liverpool, Steven Gerrard sebagai pemain terbaik yang pernah bersamanya selepas penyerang Sepanyol itu mengumumkan persaraannya dalam kancah bola sepak.

Pemenang Piala Dunia itu pernah beraksi bersama Gerrard selama tiga tahun setengah ketika mewakili skuad Reds, dengan mengumpul 81 jaringan dalam 142 penampilan, selain membantu Liverpool menamatkan saingan di tempat kedua Liga Perdana Inggeris musim 2008-09.

Torres meninggalkan Anfield pada 2011 untuk sertai Chelsea dengan rekod England 50 juta pound (RM264.24 juta) namun gagal menyerlah seperti Liverpool, malah dikritik teruk sejak meninggalkan Merseyside.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berusia 35 tahun, Torres, ketika beraksi dalam perlawanan terakhirnya untuk kelab Jepun, Sagan Tosu menentang Vissel Kobe pada 22 Ogos ini berkata, dia menikmati hubungan bersama Gerrard di Anfield dan ia adalah paling manis dalam kariernya.

“Saya selalu kata Steven Gerrard adalah pemain terbaik yang pernah bermain bersama. Saya fikir dia adalah pemain yang melengkapkan permainan saya.

“Saya fikir tahap saya berada dalam dimensi lain ketika saya dan dia bermain bersama.

“Ia sangat mengagumkan dalam tempoh tiga tahun setengah bermain bersama Steven dan saya harap saya dapat berada pada waktu tersebut semula biarpun seminit,” katanya.

Torres mengumumkan persaraan pada minggu lalu, menyaksikan perjalanannya selama 18 tahun sebagai pemain bola sepak profesional menemui nokhtah.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini