Letak jawatan: bukan amalan Malaysia - Utusan Malaysia

Letak jawatan: bukan amalan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bukan amalan kerajaan Malaysia untuk mendesak mana-mana menteri Kabinet meletak jawatan apabila timbul sebarang isu yang berbangkit.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, atas sebab itu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak perlu meletak jawatan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi susulan tuduhan penglibatannya dalam sebuah video seks sejenis yang tular baru-baru ini.

“Tak perlu untuk beliau (Mohamed Azmin) letak jawatan, di negara lain memang akan ada lakukan sesuatu seperti kapal terbang terhempas maka ada menteri letak jawatan atau bunuh diri, tapi itu bukan cara kita,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Persidangan Minyak dan Gas Asia Ke-20 (AOGC 2019) anjuran Petronas di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini