Aris Adi terajui Markas Armada Barat TLDM - Utusan Malaysia

Aris Adi terajui Markas Armada Barat TLDM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Laksamana Madya Datuk Aris Adi Tan Abdullah dilantik sebagai Panglima Armada Barat yang ke-24 bagi menggantikan Laksamana Madya Datuk Rusli Ramli hari ini.

Majlis serah terima tugas dan pemakaian pangkat ini berlangsung di Auditorium Venus Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan (MPPL), Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini disaksikan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd. Reza Mohd. Sany.

Rusli yang bersara setelah berkhidmat selama 41 tahun bersama TLDM dilantik menerajui Markas Armada Barat pada 15 November tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Aris Adi, 58, yang dilahirkan di Alor Setar, Kedah merupakan bekas penuntut Maktab Tentera Diraja (MTD) sebelum menyertai TLDM dan ditauliahkan sebagai pegawai pada tahun 1982.

Beliau yang mempunyai latar belakang luas dalam aspek latihan dan pendidikan pernah dilantik sebagai Komandan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera dan Asisten Ketua Staf Komunikasi dan Elektronik Pertahanan.

Turut dilantik ialah Laksamana Muda Khalid Jaafar yang sebelum ini merupakan Timbalan Panglima Armada Timur TLDM menggantikan Aris Adi sebagai Panglima Pendidikan dan Latihan (PPL).

Sepanjang menjawat jawatan PPL hampir setahun, Aris Ardi sangat mengutamakan aspek pendidikan dan latihan dalam kalangan warga TLDM supaya berada dalam landasan betul.

Pada majlis itu juga, seramai tujuh pegawai kanan TLDM turut dinaikkan pangkat antaranya Laksamana Muda Roslan Mohd. Yunus; Laksamana Pertama Sahak Omar dan Kepten Abdul Halim Kamaruddin.

Empat yang lain pula masing-masing dinaikkan pangkat sebagai Komander TLDM iaitu Mazri Sayudin; Norhasram Mohamad Muharami; Ahmad Hezry Ab. Majid dan Muhamad Nazer Abdullah.

Sementara itu, Mohd. Reza mengucapkan tahniah di atas pelantikan tersebut dan berharap barisan kepimpinan yang baharu terus mengekalkan kecemerlangan sedia ada.

“Saya juga berharap agar semua pihak cakna bagi memastikan setiap pelaksanaan tugas dapat dilakukan dengan sebaik mungkin untuk menuju misi dan visi yang telah ditetapkan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini