LONDON – Sekalipun bergelut dalam musim pertamanya di Camp Nou, Arturo Vidal tetap berjuang untuk mendapatkan tempat dalam skuad utama Barcelona.
Pemain berusia 32 tahun itu dilaporkan enggan meninggalkan Barca, biarpun mendapat tawaran untuk beraksi di Liga Super China, dengan bayaran lumayan.
Vidal menamatkan saingan musim ini dengan prestasi yang baik, sekali gus menarik perhatian kelab dari Asia itu, namun pemain kebangsaan Chile itu mengarahkan ejennya agar ia ditolak, lapor portal berita sukan Sport English.
Memuatkan artikel berkaitan…
Kontrak pemain tenagh itu bersama Barca akan tamat pada 2021.
Dalam musim pertamanya di Camp Nou, dia telah beraksi 53 kali, dengan tiga gol selain membuat bantuan tujuh.- AGENSI











