JAKARTA 24 Jun – Satu gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter menggegarkan wilayah Papua, timur Indonesia hari ini namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Gempa bumi itu berlaku 240 kilometer barat bandar Abepura kira-kira pukul 10.05 pagi waktu tempatan berpusat pada kedalaman 21 kilometer.
Bagaimanapun, tiada laporan kehilangan jiwa akibat gempa itu. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











