Salah perlu berhijrah ke Barcelona - Eto’o - Utusan Malaysia

Salah perlu berhijrah ke Barcelona – Eto’o

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Mohamed Salah dinasihatkan untuk meninggalkan Liverpool dan menyertai Barcelona oleh bekas penyerang skuad Catalan Samuel Eto’o.

Prestasi Salah di Anfield sejak berpindah dari Roma pada 2017 cukup mengagumkan, menyaksikannya meledak gol pembukaan Liga Juara-Juara ketika menentang Tottenham Hotspur di pentas akhir pada 1 Jun lalu, di samping 54 gol daripada 74 penampilan.

Pencapaiannya telah membuka mata kelab gergasi Eropah, dan penyerang kebangsaan Mesir itu kini dikaitkan dengan Real Madrid dalam usaha membantu pasukan itu membina semula skuad.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapu Eto’o, yang juga seperti Salah, pernah mewakili Chelsea dalam karier masing-masing percaya, pemain berusia 27 tahun itu akan lebih hebat jika berhijrah ke Barca.

“Barcelona adalah lebih baik. Real memberikan peluang kepada saya untuk keluar dari Africa, namun saya tahu gaya Barcelona dan saya fikir ia sangat sesuai untuknya.

“Jika dia berpeluang untuk bermain dalam liga terbaik di dunia, iaitu liga Sepanyol, dia perlu menyertai Barcelona.

“Mohamed mempunyai segalanya untuk menjadi seorang pemain terbaik di dunia,” kata bekas pemain Cameroon itu.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini