United tiada pemain berpengaruh - Utusan Malaysia

United tiada pemain berpengaruh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER – Legenda Manchester United, Gary Neville menggesa pengurus pasukan itu, Ole Gunnar Solskjaer menyingkirkan mana-mana pemain yang gagal atau tidak mahu berpegang kepada prinsip pasukan.

United melalui detik sukar musim lalu apabila sekadar menamatkan saingan di kedudukan keenam Liga Perdana England sekali gus menyaksikan mereka gagal meraih sebarang trofi untuk musim kedua berturut-turut.

Neville mengakui, United berdepan masalah kepimpinan di dalam padang apabila tidak ada pemain yang mampu mengetuai cabaran pasukan itu setiap kali beraksi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika saya beraksi dahulu, kami sentiasa mempunyai tiga kumpulan di atas padang. Pertama, kumpulan pengawal, kemudian kumpulan pertengahan dan akhir sekali kumpulan pemain muda.

“United mempunyai pemain seperti Paul Ince dan Roy Keane sebagai pengawal ketika saya mula-mula berada dalam kesebelasan utama. Bagi mereka ini, kesilapan ketika melakukan hantaran adalah jenayah besar.

“Sekarang ini, United tidak mempunyai kumpulan pengawal. Mereka mempunyai pemain se­perti Juan Mata, Ander Herrera dan Scott McTominay yang beraksi dengan baik dan memberikan sepenuh komitmen ketika beraksi.

“Namun, saya tidak fikir mereka mampu membawa pengaruh yang kuat di bilik persalinan seperti yang ada pada United sebelum ini. Itulah masalah yang dihadapi Solskjaer.

“Dalam bola sepak, sekiranya mereka yang mempunyai pe­ngaruh gagal menunjukkan contoh yang terbaik, pasukan anda berdepan masalah besar dan selayaknya mereka disingkirkan,” katanya.

Menurut Neville, United perlu mengambil contoh apa yang dilakukan oleh Mauricio Pochettino yang berjaya membimbing Tottenham Hotspur ke final Liga Juara-Juara musim lalu apabila berjaya membentuk pasukan itu mencapai standard yang tinggi ketika ini selain memiliki pemain-pemain yang berpengaruh ketika di padang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini