De Ligt pilih ke Juventus - Utusan Malaysia

De Ligt pilih ke Juventus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN – Media di Eropah melaporkan pemain pertahanan Ajax Amsterdam, Matthijs De Ligt memilih untuk menyertai Juventus pada musim panas akan datang.

DE LIGT menjadi buruan beberapa kelab gergasi Eropah, namun dia mungkin memilih untuk menyertai Juventus.

Juara Serie A tersebut kini mendahului perlumbaan serta rundi­ngan untuk mendapatkan De Ligt mengatasi Paris Saint-Germain dan Barcelona, namun persetujuan berkenaan hanyalah secara peribadi menerusi ejen pemain berusia 19 tahun berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam rundingan ber­kenaan, De Ligt mengemukakan permintaan gaji sebanyak £10.7 juta (RM56.40 juta) setahun termasuk bonus jika dia secara rasminya berhijrah ke Turin.

Nilai berkenaan meletakkannya sebagai pemain kedua yang bakal menerima bayaran tertinggi di belakang Cristiano Ro­naldo jika kata sepakat diperoleh kedua-dua belah pihak.

Pada masa sama, difahamkan Juventus perlu melabur sebanyak £62 juta (RM326.82 juta) sebagai yuran perpindahan jika serius untuk mendapatkan khidmat pemain skuad antarabangsa Belanda tersebut.

Khidmat De Ligt mula menjadi rebutan selepas pemain berkenaan menjadi watak penting ketika pasukan menjuarai Liga Belanda serta memimpin Ajax mara ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah.

De Ligt sebelum ini mengakui akan membuat keputusan terhadap masa depan kariernya setelah berakhir kempen Liga Negara-Negara Eropah selepas beberapa kelab menyatakan hasrat untuk mendapatkan khidmatnya.

Bagaimanapun, kini beliau difahamkan lebih memilih Juventus untuk mengharungi saingan musim hadapan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini