Bukan mudah mendominasi saingan - Federer - Utusan Malaysia

Bukan mudah mendominasi saingan – Federer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HALLE WESTFALEN, Jerman – Roger Federer, hari ini, menyuarakan rasa simpatinya dengan pemain-pemain muda dan berkata, kejayaan mereka di luar pertandingan Grand Slam banyak yang terlepas pandang.

Federer, 37, memenangi kejohanan tenis ATP di Halle setelah menewaskan pemain Belgium, David Goffin menerusi kemenangan straight set, 7-6 (7/2), 6-1, hari ini, dan sekali gus menyaksikan bintang veteran Switzerland itu meraih gelaran perseorangan yang ke-102 dalam kariernya.

Bekas bintang No. 1 dunia itu mengakui kejayaan berterusan yang dilakar beberapa pemain veteran seperti dirinya, Rafael Nadal dan Novak Djokovic telah menjadikan laluan yang lebih sukar kepada generasi muda.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selagi saya, Rafa dan Novak masih bermain, bukan mudah untuk pemain generasi muda menyerlah dan mempamerkan dominasi mereka. Mungkin ia bagus untuk sukan ini jika mereka berjaya mengatasi kami. Orang di luar sana seperti sukakan apa yang sedang berlaku pada ketika ini,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini