Tedung selar 'berehat' bawah almari - Utusan Malaysia

Tedung selar ‘berehat’ bawah almari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS – Sebuah keluarga tidak sempat makan malam apabila mereka dikejutkan dengan kehadiran ular tedung selar di Taman Selera, Merapoh, dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 malam itu, salah seorang ahli keluarga berkenaan masuk ke dapur untuk menyediakan hidangan makan malam sebelum ternampak kelibat objek bergerak di bawah almari.

Timbalan Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela  (PBS) Merapoh, Ross Raman Abdul Majid berkata, salah seorang penghuni rumah berkenaan kemudiannya mendekati objek berkenaan dan terkejut apabila melihat seekor ular tedung selar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia kemudiannya memaklumkan kepada ahli keluarga dan menghubungi pihak kami untuk menangkapnya.

“Empat anggota PBS bergegas ke rumah terbabit dan mengambil masa 10 minit untuk menangkap reptilia berbisa itu,” katanya.

Menurut beliau, ular sepanjang hampir 2.5 meter itu tidak agresif dan memudahkan PBS untuk menangkapnya.

“Ular itu kemudiannya dilepaskan ke kawasan yang jauh dari kawasan penempatan penduduk bagi mengelak kejadian sama berulang,” jelasnya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini