Agong kagum jaringan Goulon - Utusan Malaysia

Agong kagum jaringan Goulon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah tertarik dengan jaringan menarik pertahanan import Pahang, Herold Goulon ketika membantu kejayaan 3-1 Tok Gajah ke atas Perak pada aksi pertama separuh akhir Piala FA di Stadium Darul Makmur semalam.

Menurut jurugambar rasmi istana, Abdul Rahim Othman, Sultan Abdullah mengakui jaringan tersebut layak dihantar bagi pencalonan Anugerah Puskas 2019 Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Katanya, Seri Paduka Baginda menyuarakan pandangan tersebut ketika berjalan menuju ke pesawat peribadi di Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kuantan pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika mengiringi baginda ke pesawat bersama-sama pegawai lain, Seri Paduka bertanya kepada saya: Haji Rahim…Kamu tengok bola semalam?”

“Tuanku kemudian memberitahu bahawa gol ketiga itu memang cantik sambil mengangkat ibu jarinya dan bertitah bahawa gol berkenaan layak dicalonkan bagi Anugerah Puskas,” katanya menerusi status yang dimuat naik dalam Facebook miliknya di sini hari ini.

Tambah Abdul Rahim, beliau hanya sempat berbual sedikit sahaja dengan Seri Paduka Baginda kerana tidak mahu melanggar protokol Diraja. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini