Lapan maut dalam letupan paip di Nigeria - Utusan Malaysia

Lapan maut dalam letupan paip di Nigeria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAGOS – Sekurang-kurangnya lapan maut selepas sebuah saluran paip meletup di selatan timur Nigeria, di sini, semalam.

Kejadian berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan saluran paip di Oyigbo dekat pelabuhan Harcourt dilakukan.

Jurucakap polis, Nnamdi Omoni berkata, angka kematian dijangka meningkat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Beberapa individu di lokasi kejadian mencedok bahan-bahan bakar yang tertumpah ketika kejadian berlaku,” katanya.

Penguatkuasa bagaimanapun tidak menolak berlakunya unsur-unsur khianat dalam kejadian itu.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini