NEW DELHI – Mayat tujuh pendaki yang hilang ketika cuba menakluki gunung kedua tertinggi India ditemukan sekumpulan pendaki terlatih.
10 pendaki yang juga merupakan anggota polis sempadan Indo-Tibetan menjumpai kesemua mayat di kawasan berdekatan puncak , timur gunung Nanda Devi.
Jurucakap kumpulan tersebut, Vivek Kumar Pander mengesahkan penemuan itu.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kesemua mayat berjaya dikenalpasti dan kini ditempatkan di kawasan persinggahan berdekatan,” katanya.- AFP











