JAKARTA – Dua lapangan terbang di Maluku Utara ditutup selepas gunung berapi Dukono dikesan aktif melepaskan kepulan asap tebal di sini, baru-baru ini.
CNN Indonesia melaporkan, dua lapangan terbang itu adalah Lapangan Terbang Leo Wattimena di Pulau Morotai dan Lapangan Terbang Gamarmalamo di Galela, Halmahera Utara.
Ketua, Lapangan Terbang Gamarmalamo, Ahmad Saifudin berkata penutupan tersebut dibuat selepas abu gunung berapi itu yang dikesan masuk ke kawasan lapangan terbang.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Penerbangan Wings Air Galela ke Manado dibatalkan,” katanya.- AGENSI











