Malaysia bawa pulang dua gangsa - Utusan Malaysia

Malaysia bawa pulang dua gangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Jun – Malaysia membawa pulang dua pingat gangsa menerusi acara berpasukan dan individu pada Kejohanan Remaja Gimnastik Berirama Asia di Pataya, Thailand yang menutup tirai kejohanan, hari ini.

Skuad remaja negara menutup perjuangan mereka pada hari terakhir kejohanan dengan meraih pingat gangsa dalam acara berpasukan riben setelah mengumpul 13,000 mata.

Seperti diramal, pingat emas diungguli oleh Kazakhtan yang mengutip 15,000 mata, manakala perak menjadi milik Uzbekistan setelah mengumpul 14,650 mata keseluruhan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semalam, gimnas muda negara, Iman Alisha Fakhri Yassin meraih pingat gangsa dalam acara tali apabila dia mengumpul 14,500 mata.

Pingat emas pula dimenangi oleh peserta Kazakstan, Elzhana Taniyeva dengan pungutan 16,200 mata, sementara perak menjadi milik Takhmina Ikromova dari Uzbekistan setelah atlet itu mengutip 15,950 mata.

Kejayaan yang dicatat gimnas-gimnas muda negara di Thailand itu, meletakkan mereka berada di landasan tepat untuk mempersiapkan diri bagi Sukan Olimpik 2024 di Paris yang menjadi sasaran Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF).

Sebelum ini, Presiden MGF, Rachel Lau telahpun menyatakan sasaran badan induk sukan gimnastik negara itu bagi mempertaruhkan atlet-atlet muda untuk beraksi pada temasya berpretij tersebut.

“Biarpun sedar untuk mendapatkan pingat dalam Sukan Olimpik amat sukar, namun, kita tetap mengharap atlet-atlet muda ini berupaya melakukannya. Jika layak secara meritpun itu sudah dianggap sebagai satu pencapaian baik buat mereka,” kata Rachel sewaktu ditemubual, baru-baru ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini