ABU DHABI – Emeriah Arab Bersatu (UAE) mencadangkan agar satu rundingan dibuat bagi meredakan ketegangan antara Amerika Syarikat dan Iran.
Cadangan itu disuarakan Menteri Hubungan Luar UAE, Anwar Gargash selepas Tehran menembak jatuh dron dimiliki AS.
“Ketegangan antara mereka hanya boleh ketengahkan melalui jalan politik,” tulisnya dalam Twitter.
Memuatkan artikel berkaitan…
Katanya lagi, krisis di wilayah teluk memerlukan perhatian bersama demi mencapai penyelesaian politik menerusi rundingan dan perbincangan.
Tehran pada Khamis lalu menembak jatuh dron pemantau AS yang didakwa terbang memasuki ruang udara Iran.
Washington yang menolak dakwaan itu menegaskan dron tersebut, pada ketika itu terbang di ruang udara antarabangsa.- AFP











