Pencemaran udara:14 sekolah lagi diarah tutup - Utusan Malaysia

Pencemaran udara:14 sekolah lagi diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG – Sebanyak 14 buah sekolah lagi yang berada dalam jajaran lokasi kejadian pencemaran udara di daerah ini diarahkan tutup selama empat hari bermula esok hingga Khamis ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar berkata, langkah itu dilakukan bagi menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kepada pencemaran bau yang dikesan di sekolah-sekolah terbabit.

Katanya, sebelum ini Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Gudang 4 dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang 2 diarah tutup sejak semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Antara sekolah yang terlibat adalah SK Bukit Dahlia, SK Taman Cahaya Masai, SK Felda Cahaya Baru, SK Kong Kong Laut, SK Taman Nusa Damai, SK Kopok, SK Kota Masai 3 dan SK Taman Cendana.

“Turut ditutup ialah SMK Taman Nusa Damai, SMK Pasir Gudang, SMK Kota Masai, SK Taman Scientex, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Pasir Gudang dan SMK Taman Scientex,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

MOHD. KHUZZAN ABU BAKAR
MOHD. KHUZZAN (duduk, tengah) mengadakan sidang akhbar berkenaan perkembangan pencemaran udara di Menara MPPG, Pasir Gudang, sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Yang turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon.

Khuzzan berkata, terbabit sama ialah institusi pengajian awam, sekolah agama kerajaan Johor di jajaran yang dikenal pasti serta semua pra sekolah dan tadika. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini