Pencemaran udara bertambah teruk, merebak ke SK Kopok - Utusan Malaysia

Pencemaran udara bertambah teruk, merebak ke SK Kopok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG – Insiden pencemaran udara di daerah ini bertambah teruk apabila beberapa murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kopok di sini pula dikejarkan ke bilik gerakan operasi pemantauan di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) hari ini.

Menurut suri rumah, Nurshahila Abd. Raof, 32, dia terkejut menerima panggilan daripada pihak sekolah kira-kira pukul 11 pagi mengatakan anaknya mengalami gejala muntah-muntah dan hampir pengsan.

NURSHAHILA ABD. RAOF
NURSHAHILA ABD. RAOF 

Terkejut dengan berita tersebut, dia yang sedang berehat di rumah ketika itu bergegas ke sekolah untuk mengambil anaknya, Nursyakila Adawiyah Roslan, 11, untuk membawa ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setiba saya sampai ke sekolah, guru berkenaan memaklumkan anak saya sudah dibawa ambulan ke Stadium Tertutup MPPG bagi mendapatkan pemeriksaan. Jadi, saya terus ke sini untuk melihat keadaan terkini anak saya.

“Saya risau akan keadaannya kerana dia pernah mengalami perkara yang sama ketika kejadian pencemaran toksik Sungai Kim Kim dahulu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

SK Kopok terletak kira-kira 7.5 kilometer daripada Sekolah Agama Taman Mawar iaitu sekolah pertama yang dilaporkan apabila 15 pelajarnya menjadi mangsa termasuk dua dewasa mengalami gejala muntah-muntah serta pengsan akibat pencemaran udara, Khamis lalu.

RAFIZAH RASIB
RAFIZAH RASIB 

Sementara itu, Rafizah Rasib, 30, turut risau akan keadaan anak perempuannya, Laila Hannah sahimi, 12, yang bersekolah di SK Kopok apabila turut mengalami simptom sama.

“Jadi, saya mengambil keputusan untuk membawanya serta ke sini (Stadium Tertutup MPPG) untuk mendapatkan pemeriksaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini