Cadangan cukai dalam talian dibincang - Utusan Malaysia

Cadangan cukai dalam talian dibincang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 23 Jun – Cadangan Tun Dr. Mahathir Mohamad agar cukai perniagaan dalam talian diperkenalkan kerajaan, untuk meningkatkan pendapatan negara di Asia Tenggara akan dibincangkan dalam Kabinet sebaik Perdana Menteri pulang ke tanah air.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, cadangan berkenaan masih baharu dan perlu diperhalusi oleh semua kementerian dan agensi berwajib di negara ini, sebelum sebarang keputusan mengenainya dibuat.

“Kita akan berbincang bila Tun balik dari Bangkok dan di peringkat Kementerian Kewangan, (hal perlu diperhalusi) ialah bagaimana nak melaksanakannya sebab kita anggap ini idea baru yang dicetuskan Perdana Menteri,” katanya di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu Wan Azizah hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia.

Semalam, Dr. Mahathir mencadangkan cukai perniagaan dalam talian diperkenalkan untuk meningkatkan pendapatan dalam kalangan negara anggota ASEAN kerana jelas beliau, perniagaan dalam talian telah memberi kesan kepada perniagaan konvensional.

Memetik Amazon.com sebagai contoh, Perdana Menteri berkata, kedai buku dalam talian itu misalnya telah menyebabkan kedai-kedai buku konvensional terpaksa gulung tikar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini