Dua beranak parah dikelar teman lelaki - Utusan Malaysia

Dua beranak parah dikelar teman lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Dua beranak cedera parah selepas dipercayai dikelar oleh seorang lelaki yang tinggal bersama mereka di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Air Itam di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi itu, mangsa iaitu wanita berusia 55 tahun dan anak lelakinya berusia 21 tahun dikelar pada leher menggunakan senjata tajam oleh suspek berusia 61 tahun yang juga merupakan teman lelaki mangsa.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika wanita itu pulang ke rumah yang didiami mereka tersebut kira-kira pukul 1.30 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Anak lelaki mangsa yang berada di rumah itu cuba campur tangan bagi mempertahankan ibunya sebelum kedua-dua mangsa dipercayai dikelar.

“Akibat kejadian tersebut, mereka dirawat di Hospital Pulau Pinang apabila dua beranak berkenaan cedera parah pada leher serta suspek cedera pada kepala, muka dan perut,” katanya kepada pemberita di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu dipecayai tercetus kerana perasaan cemburu suspek yang mendakwa mangsa mempunyai teman lelaki lain.

Menurut Che Zaimani, kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini