Federer makin cemerlang - Utusan Malaysia

Federer makin cemerlang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HALLE, Jerman – Jaguh tenis Switzerland, Roger Federer melangkah ke saingan akhir Terbuka Halle selepas meraih kemenangan ke atas pemain Perancis, Pierre-Hugues Herbert dengan keputusan 6-3, 6-3 dalam aksi separuh akhir.

Dalam saingan akhir nanti Federer akan berdepan pemain kelahiran Belgium, David Goffin.

Kata Federer, kemenangan dalam aksi separuh akhir tersebut amat menggembirakannya malah tidak sabar untuk menanti saingan akhir pada esok.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kemenangan ini membuatkan saya lebih keyakinan untuk aksi terakhir nanti.

“Ini kerana saya berasakan telah mempamerkan aksi yang berkualiti.

“Sepanjang perlawanan ini saya tidak bergelut ketika melakukan servis malah saya memiliki banyak peluang sepanjang permainan dan menggunakannya dengan sebaik mungkin,” kata Federer.

Pemain Switzerland berusia 37 tahun itu meletak sasaran menjuarai gelaran Halle buat kali ke-10 bagi membolehkan dia muncul sebagai pemain lelaki kedua selepas Rafael Nadal yang menjulang gelaran lebih daripada 10 kali dalam mana-mana kejohanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini