Ta’awun: Pas tidak akan khianat amanah ahli - Utusan Malaysia

Ta’awun: Pas tidak akan khianat amanah ahli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Pas berikrar tidak akan mengkhianati amanah dan pengorbanan besar ahli-ahlinya berhubung hasrat untuk menjalinkan ta’awun siyasi dengan UMNO.

NAIB Presiden Pas, Idris Ahmad. – UTUSAN ONLINE

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, Pas bukan berpolitik semata-mata untuk mengejar dunia sebaliknya mempunyai prinsip dan pegangan dengan meletakkan Islam di depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sehubungan itu, beliau meminta semua ahli Pas agar patuh di samping menerima pandangan dan segala gerak kerja yang diputuskan oleh kepemimpinan tertinggi selagi ia tidak bertentangan dengan Islam.

“Saya tahu bukan senang untuk menerima UMNO, sebab itu belajarlah untuk mengorbankan perasaan.

“Kalau kami (kepemimpinan tertinggi) nak senang di dunia tanpa memikirkan prinsip, lebih baik kami bersama-sama dengan Pakatan Harapan (PH) dan bukannya UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan pada hari terakhir Muktamar Tahunan Pas Ke-65 di Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini