Keputusan sampel darah mangsa pencemaran udara diketahui esok - MB - Utusan Malaysia

Keputusan sampel darah mangsa pencemaran udara diketahui esok – MB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri menunggu keputusan sampel darah pesakit yang terjejas pencemaran udara yang berlaku di Taman Mawar, Pasir Gudang di sini Khamis lalu bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu.

Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, keputusan sampel darah itu hanya akan diketahui seawal esok sebelum mengambil langkah seterusnya.

“Kita masih belum mengetahui punca sebenar apa yang berlaku kerana secara tiba-tiba mengalami gejala mual, muntah-muntah dan pengsan. Bagi insiden yang lepas, kita tahu berpunca dari Sungai Kim Kim.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Itu kita masih siasat dan tidak tahu akan mengambil masa beberapa hari lagi. Kita masih menunggu keputusan sampel darah daripada pesakit yang dimasukkan di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini yang akan diketahui esok bagi mengesan punca sebenar,” katanya ketika ditemui dalam majlis Topping Off Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon dan Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Amran A. Rahman.

Sahruddin berkata, enam murid Sekolah Agama Taman Mawar yang dimasukkan ke dalam wad HSI sudah dibenarkan pulang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini