KUALA LUMPUR – Sebanyak 20 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan di sebuah premis hiburan di Bandar Puchong Jaya, Puchong, dekat sini awal pagi tadi.
Pegawai Turus Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor, Deputi Superintenden Azmi Syukor berkata, GRO yang ditahan terdiri daripada 15 wanita warga Vietnam, tiga dari Thailand dan masing-masing seorang wanita Indonesia dan China.
“Kita juga menahan tiga lelaki tempatan yang bertindak sebagai penjaga serta tiga lelaki Bangladesh yang bekerja di premis tersebut.
“Siasatan lanjut mendapati premis tersebut beroperasi tanpa lesen hiburan yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah Azmi, kesemua tangkapan dibawa ke balai untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 55B, 39(b) dan 6(1)(c) Akta Imigresen serta Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan (EHTTH) 1995.-UTUSAN ONLINE











