Kedah perlu lebih bersedia - Utusan Malaysia

Kedah perlu lebih bersedia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Kemenangan tipis 1-0 ke atas Felda United pada aksi pertama separuh akhir Piala FA malam tadi, menuntut semua pemain Kedah untuk lebih bersedia, bagi mengharungi perlawanan timbal balik di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang, pada 30 Jun ini.

Mohamad Zaquan Adha Abd Razak (kiri) diasak oleh pemain Felda United Ahmad Tasnim Fitri Mohd. Nasir (kanan) pada perlawanan separuh akhir Piala FA di Stadium Darul Aman.-BERNAMA

Ketua Jurulatihnya Aidil Sharin Sahak berkata, keputusan tipis itu diharap dapat memberi motivasi, kepada pemain untuk terus meningkatkan keupayaan pasukan, dan tidak lalai dengan kelebihan yang dimiliki.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya gembira dengan keputusan itu walaupun satu jaringan, ini kerana ia memberi kami ingatan agar tidak boleh ambil mudah dan terlalu yakin untuk pertemuan kedua itu nanti.

“Ia juga baik untuk pasukan bagi merasakan ia bukan perlawanan yang mudah, dan perlu bekerja keras melakukan sesuatu untuk mendapat kemenangan,” katanya.

Mengulas perlawanan itu, Aidil berkata, pemainnya memiliki banyak peluang untuk menambah jaringan, namun nasib tidak menyebelahi pasukan bagi meraih bekalan yang selesa.

“Apa pun tahniah diucapkan kepada pemain yang memberikan kemenangan ini, walaupun kita banyak mencipta peluang dan mahu menjaringkan gol di semua sudut kita cipta peluang, cuma ia tidak memihak pada pasukan,” katanya.

Aidil berkata beliau mengharapkan supaya kesebelasan utamanya berada di tahap kecergasan yang terbaik, walaupun berhadapan jadual padat perlawanan bulan ini.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Felda United Mohd Nizam Jamil mengakui, pasukannya bertandang ke Darul Aman hanya untuk bertahan, selepas beberapa pemain utama tidak dapat diturunkan akibat kecederaan dan digantung perlawanan.

Katanya ketiadaan pemain tonggak dan ditambah lagi kemasukkan tiga pemain baharu yang boleh bermain liga tahun ini, menyebabkan beliau tiada pilihan untuk meletakkan pasukan terbaik, serta menaruh harapan tinggi pada perlawanan tersebut.

“Walaupun begitu harapan saya agar akan ada perubahan pada perlawanan timbal balik nanti, selepas mereka semua dapat diturunkan semula bagi menguatkan pasukan.

“Sejujurnya saya boleh katakan calon untuk ke final adalah Kedah, tapi kita suka untuk menyusahkan situasi itu, dan kita juga cuba ke final juga,” katanya.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan pemain import dari Brazil, Fernando Rodriguez menerusi sepakan penalti pada minit ke-69.-BERNAMA


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini