Mahrez kapten Algeria di AFCON - Utusan Malaysia

Mahrez kapten Algeria di AFCON

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH – Riyad Mahrez gembira dipilih mengetuai Algeria namun berharap pasukan kendalian Djamel Belmadi dapat meraih sesuatu daripada saingan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).

Algeria yang juga juara edisi 1990 akan berdepan Kenya, awal pagi esok sebelum bertemu Senegal dan Tanzani dalam aksi Kumpulan C.

Skuad Algeria akan turut dibarisi bintang Porto, Yacine Brahimi, dan penyerang Fenerbahce, Islam Slimani.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mahrez yang juga Pemain Terbaik Afrika 2016 percaya, aksi sepasukan akan menjadi kunci kejayaan dalam saingan kali ini.

“Ia merupakan satu tanggungjawab yang membanggakan.

“Saya akan bertanggungjawab di dalam dan luar padang tetapi kami tidak akan bimbang mengenai pemain terbaik atau siapa yang pernah memenangi Anugerah Pemain Terbaik Afrika.

“Saya sebahagian daripada pasukan dan perkara terpenting adalah kejayaan pasukan,” kata Mahrez.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini