Ally hantar bekas isteri pulang ke UK - Utusan Malaysia

Ally hantar bekas isteri pulang ke UK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sehari selepas melangsungkan pernikahannya semalam, personaliti televisyen popular Ally Iskandar dilihat menghantar bekas isteri dan anaknya, Maream pulang ke United Kingdom.

Menerusi laman Instagram Farah Lee, dia dan anaknya yang berangkat pulang ke United Kingdom pagi ini berkongsi sekeping foto kenangan sebelum meninggalkan Malaysia.

Bukan itu sehaja, selain ditemani keluarga, kepulangan Farah dan anaknya ke negara tersebut turut dihantar isteri baharu Ally. 

“Pengantin baru hantar #ommaream balik UK. Pertama kali Maream jumpa ibu tapi kalut-kalut tadi terlupa nak ambik gambar berempat,” tulis Farah yang turut dikenali dengan panggilan Omma.

Semalam, setelah hampir tiga tahun menduda, Ally atau nama sebenarnya Ally Iskandar Mohd. Mardzi akhirnya menemui pengganti apabila melangsungkn pernikahan dengan seorang wanita dikenali sebagai Marlina Ibrahim.

Difahamkan pengacara yang cukup sinonim dengan program Malaysia Hari Ini (MHI) itu bergelar suami kepada wanita kelahiran Temerloh, Pahang dengan sekali lafaz beserta mas kahwin sebanyak RM22.50 dan senaskah al-Quran.

Sebelum ini, Ally  berkahwin dengan personaliti media sosial, Nurfarahin Romli atau lebih dikenali sebagai Farah Lee pada 20 Januari 2012 namun  bercerai pada 17 Ogos 2016.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Maream Esabel yang kini berusia lima tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×