Syor tulisan jawi, Mandarin dan Tamil subjek wajib di sekolah kebangsaan - Utusan Malaysia

Syor tulisan jawi, Mandarin dan Tamil subjek wajib di sekolah kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Dewan Pemuda Pas Pusat mencadangkan supaya mata pelajaran berasaskan tulisan jawi, Mandarin dan Tamil dijadikan sebagai subjek wajib di sekolah-sekolah kebangsaan di negara ini.

KETUA Dewan Pemuda Pas, Ir. Khairil Nizam Khirudin. – UTUSAN ONLINE

Ketuanya, Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata, cadangan itu dikemukan Dewan Pemuda Pas Pusat supaya dimasukkan dalam manifesto pilihan raya parti itu selepas ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Langkah ini supaya berlakunya integrasi nasional yang mana bahasa merupakan antara faktor ke arah mewujudkannya.

“Sebab itu kita dapat lihat kaum bukan Islam berjuang untuk sekolah vernakular. Jadi kita mengemukakan cadangan ini bagi mengangkat perpaduan kaum dan menghormati keluhuran Perlembagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi penggulungan pada hari terakhir Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-65 di Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di sini hari ini.

Khairil Nizam berkata, melalui cadangan itu juga, masalah pengangguran akan dapat diatasi apabila wujud jawatan baharu menerusi pengenalan subjek tulisan jawi, Mandarin dan Tamil. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini