56 individu ditahan kes dadah - Utusan Malaysia

56 individu ditahan kes dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Seramai 56 individu ditahan atas pelbagai kesalahan melibatkan penyalahgunaan dadah dalam Op Sarang yang dijalankan selama seminggu bermula 15 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, operasi itu dijalankan di beberapa kawasan antaranya di Kampung Air dan Sinsuran, Kampung Menggorok dan Suang Parai di Manggatal, Kampung Cenderakasih di Likas dan Kampung Warisan Inanam.

Katanya, semua yang ditahan berumur lingkungan 14 hingga 60 tahun dan daripada jumlah tangkapan itu, 16 individu adalah warga asing.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebanyak 15.49 gram dadah jenis syabu dan 193.32 gram ganja berjaya dirampas dianggarkan bernilai lebih RM10,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, dalam operasi bersepadu yang dijalankan selama lima jam bermula 9 malam Jumaat lalu berjaya menahan sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) di lapan lokasi di sini.

Habibi berkata tangkapan itu dibuat hasil daripada pemeriksaan terhadap 49 individu.

Beliau berkata mereka yang ditahan itu berumur antara 14 hingga 52 tahun, disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini