'Jemaah haji Malaysia jaga disiplin' - Utusan Malaysia

‘Jemaah haji Malaysia jaga disiplin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Jemaah haji negara ini diminta mengekalkan disiplin diri semasa berada di tanah suci bagi menjaga nama baik Malaysia dengan mengikuti semua peraturan yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, setiap jemaah perlu bersabar atas segala dugaan serta kepayahan yang mungkin dilalui terutamanya ketika berada di Padang Arafah, Muzdalifah dan Mina.

“Haji adalah satu perjalanan yang memerlukan kekuatan fizikal, emosi dan ilmu pengetahuan tentang ibadat haji yang jelas. Justeru Beta ingin menasihati semua jemaah untuk mempersiapkan diri dengan sebaik-baiknya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sepanjang berada di Tanah Suci, bersihkan niat dan gunakanlah sepenuh masa serta tenaga untuk melaksanakan amal ibadah agar beroleh haji yang mabrur.

“Jangan terlalu leka membuang masa dengan melakukan perkara tidak bermanfaat seperti berbual kosong, membeli-belah dan leka menggunakan telefon bimbit,” titah baginda ketika merasmikan Kursus Perdana Haji Peringkat Selangor di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini