Video seks: Haziq cabar Azmin kemukakan saman - Utusan Malaysia

Video seks: Haziq cabar Azmin kemukakan saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Salah satu ‘watak’ dalam sebuah video seks luar tabie, Haziq Abdullah Abdul Aziz mencabar Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk membuktikan beliau tidak terlibat dalam video sama.

Haziq dalam masa sama turut mencabar Mohamed Azmin untuk membuat laporan polis terhadap pengakuannya baru-baru ini.

“Dia patut melakukannya sendiri (laporan polis). Dedahkan segala bukti dan perincian kepada umum,” katanya seperti dipetik laporan akhbar Sunday Star hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohamed Azmin sebelum ini menegaskan dirinya tidak terlibat dalam ‘aksi’ video berkenaan, dan mendakwa penularan itu adalah bagi menjatuhkan karier politiknya.

Walau bagaimanapun, Haziq sekali lagi menegakkan bahawa kedua-dua individu yang terlibat dalam video itu adalah dirinya dan Mohamed Azmin.

“Saya bukan penipu. Saya mahu perkara ini di bawa ke mahkamah supaya rakyat Malaysia dapat ‘menyaksikan’ sendiri buktinya. Barulah mereka (rakyat) dapat tahu siapa yang bercakap benar.

“Sebenarnya, saya juga mangsa situasi tersebut. Jika saya memfitnah Mohamed Azmin, beliau mempunyai hak untuk menyaman saya. Pada awalnya, saya tidak menentang beliau memandangkan kami berdua merupakan mangsa keadaan.

“Bagaimanapun, saya kecewa apabila Setiausaha Politik Mohamed Azmin, Muhammad Hilman Idham cuba ‘mengunci’ mulut saya dan Mohamed Azmin menuduh saya ‘bersubahat’ dengan UMNO serta Barisan Nasional (BN),” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini