HONG KONG 22 Jun – Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter menggegarkan wilayah Sichuan di barat daya China, di sini hari ini.
AFP yang memetik Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) sebagai berkata, sehingga kini tidak ada sebarang kecederaan atau kerosakan dilaporkan akibat daripada gegaran itu.
Tiada ancaman tsunami dikeluarkan dalam gempa bumi kira-kira pukul 10.30 malam tadi. -AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











