Nur Suryani mahu bidik emas di Filipina - Utusan Malaysia

Nur Suryani mahu bidik emas di Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Walaupun tidak diletakkan harapan besar untuk membawa pulang pingat emas dalam Sukan SEA 2019 hujung tahun ini, namun penembak veteran, Nur Suryani Mohd. Taibi masih berharap untuk merangkul kejuaraan pada penampilan ke-10.

Menyedari peluang semakin sukar dalam acara kegemarannya, air rifle, penembak berusia 36 tahun ini mengakui, penembak dari Singapura, Thailand dan Vietnam sudah menunjukkan peningkatan yang jauh berbeza sejak kebelakangan ini.

“Sekarang tidak macam dulu kerana negara lain sudah semakin hebat dalam acara rifel ini. Saya yang dah berpengalaman ini pun pada Sukan SEA 2017 lalu hanya mampu me­nyumbang satu gangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi saya harap kali ini dapat memperbaiki pencapaian itu menerusi latihan lebih baik berbanding 2017 yang dijalani sejak Mac tahun ini,” katanya yang membuat penampilan pertama di temasya dwi tahunan itu pada 2001 ketika berusia 22 tahun.

Ketika ini tambahnya, pemilihan penembak ke Filipina masih belum dimuktamadkan kerana masih ada beberapa kejohanan yang perlu dihadapi sebelum nama terakhir diumumkan pada bulan depan.

Bagaimanapun dia yakin untuk terpilih sekali lagi ke Sukan SEA berdasarkan prestasi semasa dan pengalaman bertahun-tahun yang dimiliki.

Ini termasuk pengalaman meraih dua emas individu pada temasya 2011 di Palembang selain emas berpasukan pada temasya 2001, 2005 dan 2007. Nur Suryani juga setakat ini mempunyai koleksi lebih daripada 10 pingat perak dan gangsa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini