Hamilton terpantas di Perancis - Utusan Malaysia

Hamilton terpantas di Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LE CASTELLET, Perancis – Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton melakukan pemanduan sempurna apabila mencatat masa terpantas dalam sesi kelayakan Grand Prix Formula Satu Perancis hari ini, sekali gus mengatasi rakan sepasukan, Valtteri Bottas untuk menyambar petak pertama.

Juara dunia lima kali itu yang bergelut untuk menyaingi kelajuan Bottas dalam dua sesi latihan bebas, bagaimanapun mencatat masa terpantas satu minit, 28.319 saat pada pusingan terakhir, sekali mengatasi pelumba Filand itu dengan kelebihan 0.286s.

Ini adalah petak pertama ke-86 dalam karier Hamilton, sekali gus meletakkannya pada landasan mengulangi kemenangan tahun lalu apabila dia turut muncul juara selepas bermula dari petak depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Trek di sini tidak mudah. Ia sangat teknikal dan Valtteri pula sentiasa pantas sepanjang minggu ini.

“Saya bekerja keras pada dua pusingan terakhir untuk memintasnya,” kata Hamilton.

Sementara itu, pemandu muda Ferrari, Charles Leclerc mencatat masa ketiga terpantas untuk memulakan perlumba esok di baris kedua bersama Max Verstappen dari Rel Bull.

Juara dunia empat kali, Sebastian Vettel menamatkan sesi kelayakan dengan catatan masa kelapan terpantas. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini