TEHRAN 22 Jun – Iran melaksanakan hukuman mati terhadap bekas kontraktor Kementerian Pertahanan selepas didapati bersalah menjadi perisik kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan kerajaan Amerika Syarikat.
AFP melaporkan, Jalal Haji Zavar didakwa melakukan perbuatan itu ketika bekerja sebagai pekerja kontrak dengan pertubuhan aeroangkasa Kementerian Pertahanan Iran.
Hukuman itu dilaksanakan di penjara Rajai Shahr di Karaj, barat Tehran. -AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











