Boling padang cemerlang di Gold Coast - Utusan Malaysia

Boling padang cemerlang di Gold Coast

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Skuad boling padang negara menampilkan aksi cemerlang selepas meraih satu pingat perak dan tiga gangsa dalam 2019 Kejohanan Boling Padang Asia Pasifik 2019 di Gold Coast, Australia yang menutup tirai hari ini.

Skuad negara yang terdiri daripada Auni Fathiah Kamis, Nurul Alyani Jamil, Azlina Arshad dan Nur Fidrah Noh merangkul satu-satunya pingat perak dalam acara berempat wanita.

Tiga pingat gangsa diraih menerusi Siti Zalina Ahmad dalam perseorangan wanita, Izzat Shameer Dzulkeple dan Fairul Izwan Abd Muin (pasangan lelaki) dan trio Muhammad Soufi Rusli, Hizlee Abdul Rais dan Zulhilmie Redzuan dalam triple lelaki.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pencapaian terbaik Malaysia pada kejohanan itu ialah pada 2009 di Kuala Lumpur apabila skuad negara memenangi empat pingat emas.

Kejohanan itu disertai oleh pertubuhan-pertubuhan boling di rantau Asia Pasifik. Acara itu dirasmikan pada 1985, dan mulanya diadakan setiap dua tahun sebelum formatnya ditukar menjadi setiap empat tahun sejak 2015. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini