Penganggur pecah masuk rumah ditahan - Utusan Malaysia

Penganggur pecah masuk rumah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur lelaki yang memecah masuk sebuah rumah di Kampung Lumatai, Beaufort, Sabah ditahan polis dalam satu serbuan dekat sini semalam.

Portal berita Utusan Borneo melaporkan, Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintenden Azmir Abd. Razak berkata, kejadian berlaku apabila sepasang suami isteri yang juga pemborong kedai runcit menyedari rumah mereka dipecah masuk dan keadaan rumah berselerak.

Menurutnya, mangsa dilaporkan kerugian sebanyak RM10,000 wang tunai yang diletakkan di dalam laci bersama rantai emas dan telefon pintar selepas ia dilarikan suspek.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bertindak atas laporan yang dilakukan, sepasukan polis berjaya menahan seorang lelaki berumur 33 tahun yang tidak mempunyai pekerjaan keesokan harinya kira-kira pukul 3.30 pagi.

“Polis juga berjaya merampas lima telefon bimbit pelbagai jenama, lima jenis barang kemas, wang tunai RM8,650 dan syabu seberat 0.17 gram,” katanya.

Azmir memberitahu, hasil siasatan awal di lokasi kejadian kita menemukan lapan cap jari dan rumah mangsa adalah kawasan berpagar serta tiada kamera litar tertutup dipasang di rumah terbabit.

Katanya, hasil soal siasat mendapati suspek mengaku terlibat dalam lima siri kes pecah rumah sekitar sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini