SWCorp siasat premis pelupusan sampah haram - Utusan Malaysia

SWCorp siasat premis pelupusan sampah haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan mengeluarkan notis di bawah seksyen 75 Akta 672 kepada pemilik premis tapak pelupusan sampah haram di Kampung Kuantan, Jalan Gombak di sini.

Pengarahnya, Mohd. Zahir Shari berkata, siasatan ke lokasi bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL) mendapati kawasan itu merupakan tanah milik persendirian.

“Kawasan berkenaan dalam proses perobohan secara berperingkat-peringkat oleh pemilik tanah untuk dimajukan. Mereka telah melantik kontraktor berkaitan bagi tujuan kerja-kerja perobohan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, DBKL akan mengeluarkan notis kepada pemilik premis bagi mengalihkan sisa pepejal yang didapati menimbulkan kacau ganggu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hari ini, Utusan Malaysia melaporkan penduduk di sekitar Kampung Kuantan, Jalan Gombak terpaksa menghidu bau busuk sejak dua tahun lalu dipercayai akibat pembuangan sampah haram.

Tambah Mohd. Zahir, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuang sampah di tempat larangan dan jika disabitkan kesalahan mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672).

“Pesalah boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini