Gunting tertinggal dalam perut selama 23 tahun - Utusan Malaysia

Gunting tertinggal dalam perut selama 23 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW 21 Jun – Seorang wanita dari wilayah North Ossetia baru-baru ini tidak menyangka kesakitan pada bahagian perut yang dialaminya sejak dua dekad lalu berpunca daripada sebilah gunting pembedahan yang ‘tertinggal’ dalam perutnya.

Oddity Central melaporkan, Ezeta Gobeeva sering mengadu sakit teruk pada perutnya sejak dia menjalani pembedahan Cesarean pada 1996, namun doktor memaklumkan rasa sakit itu berpunca akibat masalah hati dan memberinya ubat penahan sakit.

Baru-baru ini, wanita tersebut melakukan pemeriksaan imbasan sinar X dan hasil pemantauan teliti mendapati terdapat sebilah gunting pembedahan dalam perutnya dan Gobeeva percaya alat itu tertinggal ketika dia menjalani pembedahan Cesarean sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×